Wednesday, 8 June 2011

Pantun

PANTUN
PENGENALAN
Pantun merupakan hasil sastera yang pada mulanya berbentuk lisan dan seterusnya berkembang secara tulisan dengan mengekalkan keasliannya. Ini merupakan puisi rakyat yang harus dipertahankan dan dihidupsuburkan sebagai khazanah bangsa Melayu yang tidak ternilai harganya. Tradisi berpantun dengan menggunakan bahasa halus, segar dan berseni menggambarkan ketinggian Tamandun bangsa.
Pesta Pantun yang dianjurkan oleh sekolah Kebangsaan Tok Bok adalah julung kali diadakan. Pesta Pantun ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid mempelajari keindahan pantun dengan lebih mendalam dan dapat mempelajari teknik berpantun dengan sebutan dan intonasi. Usaha ini dapat melatih murid-murid. Pesta Pantun yang diadakan bertemakan Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Demokrasi.
TEMA
Budaya Pantun Kesatuan Bahasa- Pemerintahan Beraja dan Pemerintahan Demokrasi
TAJUK
Pesta Pantun Kenegaraan
RASIONAL
1.        Murid didedah tentang teknik, kaedah dan cara menghasilkan pantun yang betul dan 
  terkini.
2.      Kaedah cara menghasilkan pantun merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang sangat penting dan berkesan.
3.      Aktiviti berpantun dapat mengasah bakat, minat, minda agar lebih kritis dan kreatif.
4.      Kecekapan mengaitkan tema dengan bahasa dengan tepat dan cepat.
OBJEKTIF
1.      Menarik minat murid supaya berminat dalam penulisan kreatif
2.      Memahami kaedah dan cara penciptaan pantun.
3.      Penulisan kreatif dapat membantu pelajar meningkatkan proses pembelajaran.

LAMPIRAN
PERATURAN DAN FORMAT PERTANDINGAN
Untuk menjalankan aktiviti pertandingan berbalas pantun, peraturan, prosedur, dan cara penilaian yang berikut bolehlah dijadikan panduan.
Pantun
Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis pantun empat kerat, iaitu pantun empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud.
Peserta
Peserta pantun ialah empat orang, iaitu tiga orang yang mengambil bahagian dan seorang  menjadi peserta simpanan.
Cara Pertandingan dijalankan
(a)      Sesuatu pertandingan dikendalikan oleh:
(i)                 Seorang pengacaraan majlis.
(ii)               Tiga orang hakim
(iii)             Seorang penjaga masa
(b)      Setiap pasukan akan bertanding secara kalah mati. Pasukan yang memungut paling banyak markah, akan dikira sebagai pemenang bagi peringkat berkenaan.
(c)      Jika berlaku seri (jumlah markah yang sama), pasukan yang mendapat isi yang ter- banyak   dianggap sebagai pemenang. Jika berlaku seri sekali lagi, markah dibidang bahasa akan dikira.
(d)     Masa seseorang membeli pantun ialah 60 saat iaitu.
(i)                 Menyediakan jawapan 40 saat
(ii)               Menyampaikan jawapan 20 saat.
Format Pertandingan
Jika ada lebih daripada tiga pasukan, pertandingan dicadangkan menurut format yang berikut.
Pertandingan  dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B. Kumpulan A dan B dibahagikan sama banyak kumpulan mengikut jumlah pasukan yang mengambil bahagian, pembahagian adalah seperti berikut.
            A1       A2       A3       A4       A5       dan      A6      
            B1       B2       B3       B4       B5       dan      A7
(b) Pertandingan dijalankan seperti yang berikut:                              
Pemarkahan
Contoh borang pemarkahan-lihat lampiran B)
(a)    ISI (20 markah)
(i)                 Ketepatan soalan dan jawapan-jelas
(ii)               Padat
(iii)             Jitu(spesifik)
(iv)             Mempunyai nilai susila
(b)   BAHASA(20 markah)
(i)      Bersesuaian dengan ciri pantun
-          Pembayang maksud
-          Maksud
-          Rima akhir a   b   a    b
-          Suku kata (8-12 setiap baris)
(ii)               Pemilihan kata yang indah
(iii)             Kejelasan sebutan (sebutan baku)
(c)    PERSEMBAHAN(10 markah)
(i)                 Gaya – Penyampaian dengan gerak laku yang bersahaja dan tidak 
             keterlaluan.
(ii)               Intonasi suara rentak dan sebutan
Bagaimanapun para hakim diingatkan bahawa kreativiti pemantun dalam menyoal dan menjawab adalah diutamakan.
Pemantun yang menyentuh perkara sensitiviti akan ditolak 1 markah setiap kali kesalan






PEMARKAHAN BAGI SEKOLAH.........................................................................................
PEMARKAHAN PERTAMA : NAMA.....................................................................................


PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3

Markah
Penilaian
Jual
Beli
Jual
Beli
Jual
Beli

20
Isi







20
Bahasa







10
Persembahan






Jumlah besar

Jumlah











PEMARKAHAN KEDUA : NAMA.....................................................................................


PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3

Markah
Penilaian
Jual
Beli
Jual
Beli
Jual
Beli

20
Isi







20
Bahasa







10
Persembahan






Jumlah besar

Jumlah








PEMARKAHAN KETIGA : NAMA.....................................................................................


PUSINGAN 1
PUSINGAN 2
PUSINGAN 3

Markah
Penilaian
Jual
Beli
Jual
Beli
Jual
Beli

20
Isi







20
Bahasa







10
Persembahan






Jumlah besar

Jumlah








MARKAH SEKOLAH .............................................................................................................
PEMANTUN TERBAIK............................................................................................................
NAMA HAKIM.................................................................TANDATANGAN..........................
SEKOLAH...................................................................................................................................







CONTOH PANTUN( JUAL)
KALAU TUAN PERGI KE PANTAI
      KIRIMKAN SAYA SEBIJI DELIMA
KALAU TUAN BIJAK DAN PANDAI
      SIAPAKAH NAMA PERDANA MENTERI KELIMA?

CONTOH PANTUN BELI
KAK SITI PAKAI SELENDANG DI BAHU
     SELENDANG BELI DI PASARAYA
KALAU  ITU CIK NAK TAHU
     TUN DR MAHATHIR GERANGANNYA

CONTOH PANTUN( JUAL)
BANYAK PADI PERKARA PADI
     PADI YANG MANA DITANAM ORANG
DIANTARA KE-ENAM PERDANA MENTERI
     MENTERI MANA YANG PALING DISANJUNG?


CONTOH PANTUN BELI
BANYAK BUDI DITABUR DI DUNIA
     BUDI BAIK JUGA DIKENANG ORANG
KALAU ADIK INGIN JAWAPANNYA 
     KEENAM-ENAMNYA HAMBA SANJUNG

CONTOH PANTUN( JUAL)
MAK LIMAH MAKAN GULA-GULA
      MULUT MERAH BAGAI BUAH NAGA
KALAU TUAN HAMBA BIJAK ORANGNYA
      SIAPAKAH YANG DIPERTUAN AGONG KITA

CONTOH PANTUN BELI
PENGANTIN DUDUK DIATAS PELAMIN
     CANTIK BAGAI PINANG DIBELAH DUA
 SAUDARI SUDAH TAHU BUKAN
     SULTAN MIZAN YANG DIPERTUAN AGONG KITA

No comments:

Post a Comment